Wednesday, March 23, 2011

Wanita Pandasan ke Lembah Danum




Syabas dan tanhiah kepada Pn. Nurini dan Pn. Anida kerana menamatkan kursus ini dengan jayanya. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga namun demi amanah dan tanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan mereka sanggup berada disini. Terima kasih kepada En. Julkifleh Bakar dan  Pengurusan Yayasan Sabah Zon Utara kerana memberi ruang kepada ahli PDCB Pandasan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu serta kemahiran sepanjang kursus ini diadakan.

Tuesday, March 22, 2011

Gotong royong membaiki air paip graviti

                                 Di sinilah terletaknya punca air paip graviti 7km dari kampung ini


                                                   Neutral, memang seronok mandi di sini

                      En. Naslon bersama anak-anak buahnya sedang membaiki empangan tersebut
Anggota dari kampung Bungaliu, Bubuk dan Siudon turut serta dalam gotong royong ini kerana mereka juga menerima bekalan air yang sama.





                                                       Pelihara dan cintailah sungai kita,

Ceramah Pencegahan Jenayah





Kampung Pandasan diklasifikasikan sebagai "kawasan Kuning" yang bermaksud terdapat beberapa kes jenayah berlaku di kampung ini. Menurut ketua polis Daerah Kota Belud DSP Mohan, kejadian ini perlu diberi perhatian serius agar tidak berpanjangan. Katanya, masyarakat kampung hendaklah melaporkan segala kegiatan jenayah kepada pihak yang berwajib dengan menggunakan saluran yang betul.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru agar hubungan baik antara penduduk kampung dengan PDRM hendaklah dipertingkatkan dengan cara menyertai rakan corp. Terdahulu, KK Sison mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua-ketua kampung berhampiran serta PDRM atas usaha menjayakan program ini.

Saturday, January 29, 2011

Kursus Komputer



Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah telah menganjurkan kursus komputer kepada masyarakat kampung Pandasan baru-baru ini. Seramai 60 orang peserta fasa 1 telah menamatkan kursus tersebut Mereka mengakui bahawa kursus ini sangat bermakna dan bermanfaat. Mereka juga berharap agar PDCB Pandasan dengan kerjasama Yayasan Sabah Zon Utara akan dapat menganjurkan program sedemikian pada masa akan datang.

Saturday, January 22, 2011

Blok Perumahan PDCB Pandasan



Blok perumahan diwujudkan dengan tujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada penduduk kampung. Penyebaran maklumat tersebut akan dilakukan oleh ketua blok masing-masing. Dengan adanya blok ini semangat bekerjasama, tolak ansur, dan perpaduan dapat di pertingkatkan lagi. PDCB bercadang untuk mengadakan pertandingan antara blok berdasarkan kategori seperti keceriaan, kebersihan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. 

Seminar kepimpinan PDCB

Sebelas orang pemimpin PDCB telah menghadiri seminar kepimpinan dua hari yang telah diadakan pada 22 hingga 23 December lalu bertempat di Dewan Beringgis, Beringgis Beach Resort. Selain Pandasan, kampung Lambidan, Singgaron, Sebait, Lormalong dan Sinaron yang merupakan kampung PDCB di seluruh Sabah turut serta dalam seminar tersebut. Para peserta telah diberikan input yang banyak sebagai satu rujukan dan landasan dalam kerangka untuk membawa sebarang kemajuan di kampung.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibenatangkan oleh penceramah yang sangat berpengalaman mengikut bidang masing-masing mendapat reaksi yang positif daripada para peserta. Wakil PDCB Sinaron, Keningau En.Mahadi berharap agar Yayasan Sabah akan dapat meneruskan program sedemikian pada masa akan datang. Manakala En.Naslon mewakili PDCB Pandasan menggesa agar hubungan yang sudah terjalin akan tetap terpelihara.

Kertas kerja 1.
Program Desa Cemerlang & Berinovasi (isu transformasi dan cabaran)
Oleh : Tn. Hj. Dollah @ A. Zunaidey Hj. Mahmood
Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon/Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah

Kertas Kerja 2
Pemberdayaan dan Pemerkasaan Kepimpinan Setempat (Pendekatan Strategik)
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek
Timbalan Dekan (Akademik & HEP)
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 3
Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dalam Konteks Negeri Sabah
Oleh : Prof. Dr. Hj. Kadir Roslin
Pengarah UITM Sabah

Kertas Kerja 4
Ekonomi Desa :Memperkukuh Sumber dan Membangun Peluang
Oleh : Dr. Rasid Mail
Timbalan Dekan Sekolah Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 5
Pengalaman KPLB Dalam Pembangunan di Sabah
Oleh : Mohd Najib Muntok
Ketua Penolong Setiausaha
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

Kertas Kerja 6
Pengembangan Modal Insan Di Kalangan Masyarakat Pedalaman : Pengalaman Outreach Program
Oleh : Dr. Khalid Johari
Pensyarah Kanan
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 7
Rancangan Praktikal Dalam Mencarta Pembangunan Kampung
Oleh : Y.Bhg Datuk Aliasgar Hj. Basri
Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat
Jabatan Ketua Menteri

Wednesday, January 19, 2011

Perasmian PDCB Pandasan oleh Datuk Japlin Akim








Hari ini masyarakat Pandasan berasa sangat bertuah apabila PDCB yang diperkenalkan oleh Yayasan Sabah telah mula bertapak selepas perasmiannya disempurnakan oleh YB Datuk Japlin Akim Pembantu menteri pembangunan dan infrastruktur Sabah. Sambutan dan sokongan semua pihak dalam menjayakan perasmian ini sangat memberangsangkan. Kehadiran semua ketua pentadbir zon, warga kerja Yayasan Sabah dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang terdapat di Kota Belud telah membuka ruang kepada barisan kepimpinan PDCB untuk saling berinteraksi.

"kalau hendak maju, membangun dan berjaya dalam segala lapangan yang diceburi segala-galanya bermula dengan ilmu" demikian sebahagian daripada kandungan ucapan Datuk Japlin dalam majlis tersebut. Oleh yang demikian ruang dan kesempatan yang telah Yayasan Sabah sediakan hendaklah dipergunakan sebaiknya  oleh penduduk kampung Pandasan.

Tuesday, January 18, 2011

Gotong royong kampung









Aktiviti ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada semua penduduk kampung. Semangat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi menjadi kunci terhadap kejayaan akvitivti ini. Kehadiran kumpulan veteren telah dapat memberikan suntikan semangat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pengerusi biro sosiobudaya En. Moktah Keri berkata bahawa keadaan sedemikian seharusnya sudah lama diamalkan serta dijadikan budaya agar setiap penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Bengkel perancangan kemajuan kampung








Bengkel selama dua hari ini telah diadakan di Usukan Resort dan dihadiri oleh 16 orang pemimpin PDCB. Ketika menghadiri bengkel tersebut para peserta telah diberikan tugasan untuk merangka dan menyusun program yang berkaitan dengan kemajuan kampung mengikut 4 bidang utama yang diperkenalkan oleh Yayasan Sabah. Kaedah analisis S.W.O.T yang diperkenalkan oleh para penceramah telah memudahkan urusan perbengkelan sehingga selesai.