Saturday, January 29, 2011

Kursus Komputer



Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah telah menganjurkan kursus komputer kepada masyarakat kampung Pandasan baru-baru ini. Seramai 60 orang peserta fasa 1 telah menamatkan kursus tersebut Mereka mengakui bahawa kursus ini sangat bermakna dan bermanfaat. Mereka juga berharap agar PDCB Pandasan dengan kerjasama Yayasan Sabah Zon Utara akan dapat menganjurkan program sedemikian pada masa akan datang.

Saturday, January 22, 2011

Blok Perumahan PDCB Pandasan



Blok perumahan diwujudkan dengan tujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada penduduk kampung. Penyebaran maklumat tersebut akan dilakukan oleh ketua blok masing-masing. Dengan adanya blok ini semangat bekerjasama, tolak ansur, dan perpaduan dapat di pertingkatkan lagi. PDCB bercadang untuk mengadakan pertandingan antara blok berdasarkan kategori seperti keceriaan, kebersihan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. 

Seminar kepimpinan PDCB

Sebelas orang pemimpin PDCB telah menghadiri seminar kepimpinan dua hari yang telah diadakan pada 22 hingga 23 December lalu bertempat di Dewan Beringgis, Beringgis Beach Resort. Selain Pandasan, kampung Lambidan, Singgaron, Sebait, Lormalong dan Sinaron yang merupakan kampung PDCB di seluruh Sabah turut serta dalam seminar tersebut. Para peserta telah diberikan input yang banyak sebagai satu rujukan dan landasan dalam kerangka untuk membawa sebarang kemajuan di kampung.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibenatangkan oleh penceramah yang sangat berpengalaman mengikut bidang masing-masing mendapat reaksi yang positif daripada para peserta. Wakil PDCB Sinaron, Keningau En.Mahadi berharap agar Yayasan Sabah akan dapat meneruskan program sedemikian pada masa akan datang. Manakala En.Naslon mewakili PDCB Pandasan menggesa agar hubungan yang sudah terjalin akan tetap terpelihara.

Kertas kerja 1.
Program Desa Cemerlang & Berinovasi (isu transformasi dan cabaran)
Oleh : Tn. Hj. Dollah @ A. Zunaidey Hj. Mahmood
Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon/Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah

Kertas Kerja 2
Pemberdayaan dan Pemerkasaan Kepimpinan Setempat (Pendekatan Strategik)
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek
Timbalan Dekan (Akademik & HEP)
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 3
Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dalam Konteks Negeri Sabah
Oleh : Prof. Dr. Hj. Kadir Roslin
Pengarah UITM Sabah

Kertas Kerja 4
Ekonomi Desa :Memperkukuh Sumber dan Membangun Peluang
Oleh : Dr. Rasid Mail
Timbalan Dekan Sekolah Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 5
Pengalaman KPLB Dalam Pembangunan di Sabah
Oleh : Mohd Najib Muntok
Ketua Penolong Setiausaha
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

Kertas Kerja 6
Pengembangan Modal Insan Di Kalangan Masyarakat Pedalaman : Pengalaman Outreach Program
Oleh : Dr. Khalid Johari
Pensyarah Kanan
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

Kertas Kerja 7
Rancangan Praktikal Dalam Mencarta Pembangunan Kampung
Oleh : Y.Bhg Datuk Aliasgar Hj. Basri
Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat
Jabatan Ketua Menteri

Wednesday, January 19, 2011

Perasmian PDCB Pandasan oleh Datuk Japlin Akim








Hari ini masyarakat Pandasan berasa sangat bertuah apabila PDCB yang diperkenalkan oleh Yayasan Sabah telah mula bertapak selepas perasmiannya disempurnakan oleh YB Datuk Japlin Akim Pembantu menteri pembangunan dan infrastruktur Sabah. Sambutan dan sokongan semua pihak dalam menjayakan perasmian ini sangat memberangsangkan. Kehadiran semua ketua pentadbir zon, warga kerja Yayasan Sabah dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang terdapat di Kota Belud telah membuka ruang kepada barisan kepimpinan PDCB untuk saling berinteraksi.

"kalau hendak maju, membangun dan berjaya dalam segala lapangan yang diceburi segala-galanya bermula dengan ilmu" demikian sebahagian daripada kandungan ucapan Datuk Japlin dalam majlis tersebut. Oleh yang demikian ruang dan kesempatan yang telah Yayasan Sabah sediakan hendaklah dipergunakan sebaiknya  oleh penduduk kampung Pandasan.

Tuesday, January 18, 2011

Gotong royong kampung









Aktiviti ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada semua penduduk kampung. Semangat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi menjadi kunci terhadap kejayaan akvitivti ini. Kehadiran kumpulan veteren telah dapat memberikan suntikan semangat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pengerusi biro sosiobudaya En. Moktah Keri berkata bahawa keadaan sedemikian seharusnya sudah lama diamalkan serta dijadikan budaya agar setiap penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Bengkel perancangan kemajuan kampung








Bengkel selama dua hari ini telah diadakan di Usukan Resort dan dihadiri oleh 16 orang pemimpin PDCB. Ketika menghadiri bengkel tersebut para peserta telah diberikan tugasan untuk merangka dan menyusun program yang berkaitan dengan kemajuan kampung mengikut 4 bidang utama yang diperkenalkan oleh Yayasan Sabah. Kaedah analisis S.W.O.T yang diperkenalkan oleh para penceramah telah memudahkan urusan perbengkelan sehingga selesai.

Lawatan ke Kg. Bayangan Keningau





Seramai 29 orang ahli PDCB telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kg.Bayangan. Rombongan ini diketuai oleh ketua pentadbir zon YS Zon PBU En. Sabrin Sindan. Pada masa yang sama pegawai YS kawasan Kota Belud En. Julkifleh Bakar turut hadir. Ketibaan kami disambut oleh setiausaha GDW Bayangan. Semasa lawatan tersebut kami diberi taklimat berkenaan kejayaan dan hala tuju Kg. Bayangan pada masa akan datang.

Kesempatan melawat dan melihat keindahan persekitarannya dapat dijadikan satu perangsang bagi masyarakat Pandasan untuk melakukan perkara yang serupa. Rumusnya, Bayangan berjaya kerana adanya pemimpin yang berkarisma dan mampu merancang serta melaksanakan setiap program dengan tekun, sabar dan teliti. Perpaduan dan kerjasama erat juga merupakan penyumbang terhadap kejayaan ini.

Monday, January 17, 2011

PDCB...satu gambaran umum

PENGENALAN :
PDCB merupakan satu usaha untuk membangunkan kampung dan melibatkan semua penduduk. Pembangunan ini merangkumi semua bidang atau kegiatan.

BIDANG PEMBANGUNAN :
1. Kepimpinan dan Organisasi
Bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan dan pengetahuan pemimpin yang sedia ada. Mencungkil pemimpin yang dapat menterjemahkan wawasan kampung dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan.

2. Ilmu dan Kemahiran
Mengukuhkan pengetahuan penduduk kampung, melatih pelbagai bidang kemahiran dalam kalangan penduduk setempat

3. Ekonomi dan keusahawanan
Membangunkan potensi yang sedia ada di kampung dengan harapan akan wujud peluang-peluang baru dalam bidang ekonomi

4. Sosiobudaya
Memantapkan perpaduan, kerjasama, toleransi penduduk kampung. Mempertingkatkan mutu hidup dan tahap kesihatan serta memelihara khazanah alam yang sedia ada

STRATEGI DAN PELAKSANAAN
  • Yayasan Sabah akan menggunakan semua kemudahan yang sedia ada seperti Kolej YS, biasiswa, pinjaman modal dan latihan keusahawanan
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO
  • Memanfaat dan mengusahakan sumber alam yang sedia ada seperti sungai, tanah, air terjun dsb 
  • Membantu penduduk mengukuhkan perniagaan sedia ada dan menggalakan usahawan baharu dengan cara memberi latihan, bantuan modal, penyediaan kemudahan dan pemasaran 
PERANAN & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PDCB
  • Bekerjasama dengan Yayasan Sabah dalam semua program yang dirancang
  • Membina hubungan dengan agensi kerajaan dan NGOs
  • Menggala dan meningkatkan penyertaan semua penduduk kampung
  • Merancang, melaksana dan meninjau semua program/aktiviti

Sunday, January 16, 2011

Penubuhan Jawatankuasa PDCB

Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara telah menjadikan kampung Pandasan sebagai kampung angkat melalui program desa yang dikenali sebagai Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB).
Keputusan pemilihan jawatankuasa kepimpinan PDCB Pandasan adalah seperti berikut :
  • Pengerusi : En. Abdul Manan Kambar
  • Tim.Pengerusi : En. Naslon Sinjil
  • Setiausaha : Cik Liani Bte Raziki
  • Pen.Setiausaha : En. Suad Karanda
  • Bendahari : En. Ibrahim Hj Momin
  • JK Kepimpinan & Organisasi : En. Jemain Suin
  • JK Ilmu & Kemahiran : En. Bian Aldin
  • JK Ekonomi & Keusahawanan : En. Jalkan Hj Salid
  • JK Sosiobudaya : En. Moktah Keri
  • JK Keselamatan & Perpaduan : En. Zakaria Mamud
  • JK Hal Ehwal Wanita Pn. Radinah Abd Hamid